Banyak Aplikasi Google Akan Menyokong Ciri Penjanaan Teks Seakan GPT

TechnologyDigital
15 Mar 2023 • 8:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Hari ini OpenAI telah mengumumkan model kecerdasan buatan baharu iaitu GPT-4 yang lebih cerdas dan kreatif. GPT-4 adalah teknologi di sebalik Bing Chat yang kini menjadi popular. Banyak perkhidmatan di Internet berasaskan GPT telah pun dilancarkan, kecuali dari Google.

image is not available

Google mempunyai Bard yang belum sedia digunakan oleh umum. Tetapi apa yang boleh digunakan kelak nanti adalah pada Gmail, Google Docs dan banyak lagi aplikasi Google lain kerana setiap aplikasi dan perkhidmatan ini akan menyokong ciri penjanaan teks dan kandungan kecerdasan buatan seakan GPT.

image is not available

Contoh yang Google berikan adalah pada Google Doc. Akan ada bebuih “Help me write” yang boleh menulis draf pertama sesuatu dokumen seperti untuk mencari kerja, perbincangan, baca pruf sesuatu tulisan, menulis sepenuhnya atau juga menulis semula sesuatu karya.

image is not available

Gmail pula akan menerima ciri menjadikan emel ringkas kepada emel formal. Pengguna hanya perlu menaip isi penting dan selebihnya kecerdasan buatan akan melakukan kerja. Pada Gmail ciri ini turut boleh mengasingkan teks kepada bentuk senarai, meringkaskan emel atau mencipta draf emel lengkap.

Ciri kecerdasan buatan ini digelar sebagai PaLM dan pembangun kelak turut boleh mengintegrasikan ke dalam aplikasi sendiri. Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri ini akan diperkenalkan.