Banyak Betul Hot Spot, Black Spot Di KL!

LocalCars
28 Jan 2025 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sekurang-kurangnya terdapat 58 kawasan hot spot dan 16 black spot kemalangan jalan raya yang dikesan di ibu negara menerusi Op Lancar pada Op Selamat 23 sempena Tahun Baru Cina ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kawasan hot spot yang dikesan termasuk Jalan Tun Razak, susur Bulatan Pahang, Jalan Ampang dan Jalan Dato Keramat.

"Manakala kawasan black spot antaranya Jalan Kuching, Jalan Loke Yew, Lebuhraya Duke, Lebuhraya MRR2, Lebuhraya Seremban, Jalan Cheras, Lebuh raya Besraya, Jalan Kepong dan Jalan Tun Razak," katanya.

Untuk makluman, Op Lancar sudah pun dilaksanakan sejak 24 Januari lalu dan akan berakhir pada 2 Februari ini. Operasi itu sebenarnya bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.