Banyak buat dosa & maksiat, Zoey Rahman bakal tunai umrah buat kali ke-10

LocalEntertainment
22 Oct 2024 • 2:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon yang juga usahawan, Zoey Rahman bakal tunai umrah buat kali kesepuluh pada Disember nanti.

Memetik portal Gempak, Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman berkata, pemergiannya ke tanah suci itu bukanlah berrtujuan mendabik dada.

Sebaliknya ia sebagai penyucian jiwa selain akui takut dengan segala dosa yang pernah dilakukannya sebelum ini.

image is not available

“Banyak sangat dosa dan maksiat yang saya lakukan, jadi memang saya mengharapkan ibadah saya diterima di sana.
“Apa pun saya anggap ini semua rezeki saya untuk buat amal di rumah Allah.
“Mudah-mudahan Tuhan dengar dan makbulkan semua doa-doa yang saya pohon, Doakan yang baik- baik untuk saya, insya-Allah,” kata Zoey.

image is not available

Zoey Rahman bakal tunai umrah

Pelakon ini berharap Allah SWT dapat mendengar dan memakbulkan semua doa-doa yang dipanjatkan dan berharap agar netizen dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Tambahn Zoey, dia juga langsung tidak menyangka dijemput menjadi tetamu Tanah Suci pada tahun ini.

“Saya tahu saya tidaklah sempurna seperti orang lain. Seperti yang saya katakan, banyak dosa-dosa saya.
“Tetapi itulah dinamakan rezeki. Kalau kita tidak dijemput, belum tentu insan seperti saya dapat kembali sekali lagi ke tanah suci,” katanya lagi.

image is not available

Sebelum ini, Zoey Rahman berkongsi dirinya disihir oleh seseorang sehingga menyebabkan dirinya mudah menjadi pamarah dan menyendiri.

Sumber: Gempak (Ernalisa)