“Banyak Dari Yoo Jaesuk..” – Kim Jongkook Ulas Dakwaan Harta Cecah RM314 Juta

LocalEntertainment
29 Sep 2024 • 6:49 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Betul ke Kim Jong-kook lagi kaya dari Yoo Jae-suk?

Dalam rancangan ‘Vivo TV’, Kim Jong-kook ditanya oleh hos mengenai khabar angin di mana dia mempunyai harta dalam lingkungan 100 bilion won (RM314.7 juta).

Kim Jong-kook menjawab,

Saya pernah popular, tetapi ada masa di mana saya tidak mempunyai wang. Saya juga tidak mempunyai rumah; khabar angin bahawa saya memiliki hartanah di Hannam adalah palsu.

image is not available

Hos kemudian bertanya sama ada dia memiliki wang lebih banyak dari Yoo Jae-suk di mana Kim Jong-kook menepis dengan pantas,

Sudah tentu tidak. Walaupun Yoo Jae-suk pernah melalui tempoh yang panjang tanpa populariti, dia telah memperoleh wang secara konsisten sejak itu.

Dia kemudian secara berseloroh menambah,

Tapi saya rasa saya mungkin ada lebih banyak daripada Haha.

Kim Jong-kook kan pandai simpan duit!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.