Banyak Ditanam Di Wilayah Terlarang, Ini 6 Jenis Jenama Kurma Israel Perlu Dielak Beli Ketika Ramadan

21 Feb 2024 • 12:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sudah semakin dekat dengan bulan mulia iaitu bulan Ramadan, pasti ramai umat Islam yang sudah mencari atau membeli kurma untuk dijadikan juadah sampingan ketika bulan tersebut.

Bagaimanapun, umat Islam pasti ramai yang tidak sedar bahawa Israel merupakan pengeksport kurma tersebar dalam dunia.

Boikot kurma keluaran Israel

Ditengah-tengah konflik antara Gaza-Israel, memboikot produk-produk berasal daripada Israel merupakan gerakan yang sangat penting, tambahan pula Israel mengeluarkan arahan untuk mengehadkan rakyat Palestin dari mengguna Masjid Al-Aqsa.

image is not available

Jenis-jenis kurma berasal daripada Israel

Difahamkan daripada laporan Palestine Campaign, mereka memberi pesanan bahawa pentingnya kesedaran dalam memilih kurma untuk dibeli bagi menyambut bulan Ramadan.

Antara syarikat pengeksport kurma Israel adalah Hadiclaim, Mehadrin, Agrexco, Arava, Edom dan MTex.

Ditanam di kawasan larangan

Untuk elak dari membeli kurma milik Zionis, Palestine Campaign memberi beberapa langkah seperti periksa label agar tidak membeli kurma yang dibungkus di Israel atau wilayah Tebing Barat serta periksa label kerana sebahagian besar ditanam di Israel atau wilayah terlarang Israel di tanah Palestin.

image is not available 2 months ago

"Ingat Umur 30 Dah Pandai Fikir Tapi.." - Peminat Kecewa Daiyan Trisha Reviu 'Brand' Sokong Israel