“Banyak Fikir..” – Kahwin Muda, Ini Respon Kim Bora Bila Ditanya Tentang Anak

LocalEntertainment
5 Oct 2024 • 3:08 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pejam celik pejam celik, dah 4 bulan sejak Kim Bo-ra melangsungkan perkahwinannya dengan pengarah Cho Ba-reun.

Dalam satu temu bual selepas tamat dramanya “Black Out”, Kim Bo-ra ada berkongsi sebab dia memutuskan untuk berkahwin pada usianya yang masih muda. Jelasnya,

Mungkin kedengaran lucu tetapi saya ada lebih ramai kawan bukan selebriti berbanding selebriti. Dua kawan baik saya dari sekolah rendah semua dah berkahwin, jadi saya rasa ini perkara biasa.

image is not available

Kemudian mengenai soalan tentang anak, pelakon wanita itu akui,

Tahun lalu, saya banyak memikirkannya. Tapi tahun ini, saya mahu menikmati lebih banyak masa sebagai pengantin baru.

Jangan risau sangat Kim Bo-ra, muda lagi tu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.