“Banyak Kali Dalam Akaun Tinggal RM30, RM50 Saja” – Fara Salleh Dakwa Terpaksa ‘Downgrade’ Hidup Lepas Berkahwin

LocalEntertainment
19 Feb 2025 • 3:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mendakwa dia mengalami fasa hidup yang sukar selepas mendirikan rumah tangga.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Fara berkata dia mempunyai kewangan yang stabil ketika masih bujang dan mampu berbelanja untuk kepuasan diri.

image is not available

Sebelum kahwin saya tinggal di kondominium tiga bilik, ada kereta sendiri, ada kerjaya.

 

Dua minggu sekali akan pergi membeli-belah, mampu beli beg tangan dan kasut mewah.

 

Hujung bulan kalau nak tunggu gaji paling sikit pun mesti ada baki RM1,000.

Menurutnya, kehidupannya berubah apabila dia tidak lagi mampu untuk berbelanja seperti dahulu.

image is not available

Sekarang tak mampu dan semua itu sudah tiada. Banyak kali dalam akaun hanya tinggal RM30, RM50 saja.

 

Susah gila dengan komitmen yang aku ada dari sebelum kahwin RM 2,000 sehingga hari ini.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata memberikan kata-kata semangat untuknya agar dia bangkit semula demi anak di dalam kandungannya.

image is not available

image is not available

image is not available 1 day ago

"Tak Pernah Nampak Batang Hidung Sejak Masuk Wad" - Isteri Shuk Sahar Mengamuk Lagi