Banyak Kali Ditegur, Aina Abdul Dilabel ‘Keras Kepala’ – “Orang Cakap Narcisstic Ko Terasa”

Music
6 Jun 2023 • 12:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sepertinya sudah beberapa kali nama penyanyi, Aina Abdul menjadi bualan hangat netizen di media sosial gara-gara penampilannya di program realiti Big Stage.

Terkini, Aina sekali lagi mengundang kecaman apabila fesyen yang digayakannya kerap mengganggu pandangan penonton dibahagian belakang.

Menerusi ciapan di laman Twitter, seorang pengguna telah meluahkan rasa berang terhadap penyanyi berusia 29 tahun itu kerana perhiasan bulu di atas kepalanya telah menghalang pandangan pentas.

Bukan itu sahaja, pengguna tersebut turut mendakwa Aina sebagai seorang yang keras kepala kerana tetap mengulangi kesilapan yang sama walaupun sudah ditegur beberapa kali.

Malah, penyanyi lagu Sumpah itu juga dilabel sebagai narcisstic, tidak menghormati orang lain dan ‘acah’ diva.

image is not available

Meninjau di ruangan balas, ramai netizen yang memberi cadangan supaya Aina ditempatkan pada kerusi yang lain agar tidak terus menghalang pandangan penonton sekiranya tetap mahu berfesyen pelik.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 minggu lalu

"Terpaling Lady Gaga Malaysia" - Berfesyen Sampai Halang Pandangan, Netizen Mula Rimas Dengan Aina Abdul