“Banyak Sangat Gosip Dia, Semalam Nampak Dekat Stadium” – Mimpi Pelakon Wanita Ganggu Ubai, Emosi Shila Amzah Terganggu

Entertainment
19 Oct 2023 • 11:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, ciapan penyanyi popular, Shila Amzah di Twitter (X) telah menarik perhatian ramai setelah dia mendedahkan ada pelakon wanita yang cuba menganggu suami tercinta, Ubai.

Biarpun ia sekadar mimpi, Shila merasakan situasi yang berlaku itu seakan-akan benar terjadi dalam kehidupan sebenar.

Kata penyanyi terbabit, pelakon wanita yang menganggu Ubai itu banyak kali terpalit dengan isu ‘panas’ sebelum ini.

Lagi membuat netizen terhibur, Shila berkata disebabkan mimpi terbabit, mood nya hilang apabila bangun dari tidur tetapi Ubai memujuk dengan berkata ia cuma mainan tidur.

Membalas komen berkenaan insecure dengan pelakon wanita tersebut, pelantun lagu Patah Seribu itu menafikan hal terbabit dan cuma berasa bimbang kerana banyak berita mengenai individu itu.

Sekadar info, Shila Amzah dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos lalu.

image is not available 1 week ago

Ubai Hilang Sabar Bila Adik Ipar Biadab - "Kau Ajar Sikit Bini, Kau Pun Mak Dah Meninggalkan?"