“Banyak Syarikat Membantah”- Anwar Dedah Tak Mudah Naikkan Kadar Gaji Minimum RM1,700

LocalPolitics
11 Nov 2025 • 3:38 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Pada Oktober tahun lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kadar gaji minimum di negara ini akan dinaikkan RM1,700 sebulan.

Kadar gaji minimum itu telah mula dilaksanakan sejak 1 Februari yang lalu. Namun kerajaan turut melakukan penangguhan kuat kuasa gaji berkenaan bagi majikan yang mempunyai kurang dari lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa 1 Ogos 2025.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2025: Gaji Minimum Dinaikkan Dari RM1,500 kepada RM1,700

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Gaji RM1,700 Sebulan? Wanita Ini Kongsi Tips Macam Mana Nak ‘Survive’ Yang Orang Bujang Patut Tahu

Anwar dedah usaha naikkan gaji RM1,700 tak mudah

Terbaharu, Anwar mendedahkan langkah yang dilakukan oleh kerajaan dalam menaikkan kadar gaji minimum untuk membantu kos sara hidup rakyat bukanlah suatu perkara yang mudah.

Jelasnya langkah berkenaan pada peringkat awal turut mendapat bantahan daripada kartel serta banyak syarikat besar.

“Semasa mereka (kerajaan terdahulu) perintah (gaji minimum) RM,1200. Kita naikkan kepada RM1,500 dan sekarang RM1,700 dan ini tidak mudah. Banyak syarikat membantah.

“Tetapi ini kekuatan dan tekad politik menghadapi kartel dan syarikat besar yang tidak mampu dihadapi oleh mereka tatkala mereka berkuasa.

“Seramai 153,000 pekerja di syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pula menerima gaji kehidupan wajar bermula RM3,100,” jelasnya, lapor Kosmo.

Anwar berkata demikian untuk menjawab soalan dari Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan mengenai bagaimana kerajaan mengukur keberkesanan pelaksanaan Dasar Ekonomi Madani.

@sinarharianonline

‘Bukan mudah naikkan gaji minimum’ Langkah kerajaan menaikkan kadar gaji minimum sehingga RM1,700 bagi membantu kos sara hidup rakyat bukan suatu usaha yang mudah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut mendapat bantahan kartel dan banyak syarikat besar di peringkat awal. #SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #PerdanaMenteri #AnwarIbrahim #GajiMinimum #Rakyat #Kerajaan

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Sumbangan STR & SARA sebanyak RM15 bilion

Dalam pada itu, Perdana Menteri memaklumkan mengenai harga lantai yang diselaraskan kepada RM1,500 per tan metrik untuk membantu golongan berkenaan termasuklah Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dinaikkan kepada RM1,500.

“Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM15 bilion. Kenaikan gaji penjawat awam bulan Disember dan Januari tahun depan dengan kos tambahan RM18 bilion.

“Jadi inilah yang kita lakukan dan saya percaya dengan tekad ini kita dapat tingkatkan keupayaan Ekonomi Madani negara.”