Bapa Allahyarham Nurly Shahirah Cekal Terima Ijazah Anumerta Anak

11 Nov 2025 • 3:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suasana sebak menyelimuti Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semasa Istiadat Konvokesyen ke-27 pada Selasa apabila keluarga Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman, 23, menerima ijazah secara anumerta bagi pihak anak mereka.

Bapa Nurly Shahira simpan sedih di hati

Menurut laporan Sinar Harian, ijazah itu disampaikan oleh Raja Permaisuri Perak, Canselor UPSI Tuanku Zara Salim, kepada bapa Allahyarham, Azman Mohamad, 63, yang hadir bersama isterinya, Kamariah Abdul Latif, 60.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Nurly Shahirah antara 15 pelajar UPSI yang maut dalam nahas bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran Tasik Banding, Gerik, pada 9 Jun lalu.

Artikel lain: UPSI Digitalkan & Bakal Pamer Naskah Al-Quran Tulisan Nurly Shahirah

Azman berkata, walaupun hati berat, beliau cekal menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) dengan Kepujian bagi pihak anak perempuannya.image is not available

Foto: Sinar Harian

“Sebagai seorang ayah, tiada kata yang mampu menggambarkan rasa sedih ini. Kami menantikan detik melihat anak naik ke pentas menerima ijazah, tetapi ALLAH SWT telah menentukan sebaik-baiknya. Rasa sedih dan bangga bercampur-baur apabila nama anak disebutkan,” katanya.

Di sebelahnya, keluarga Allahyarhamah Fatin Nasrien Fadli, 22, turut hadir. Bapanya, Fadli Abd Rahman, 50, bersama isteri, Norhasliza Yusof, 43, menerima Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Pendidikan bagi pihak anak mereka.

Fadli berkata, ijazah tersebut menjadi sumber inspirasi buat empat lagi anak mereka walaupun hati tetap hiba kerana kehilangan seorang puteri tercinta.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Sebaik penyerahan ijazah selesai, Tuanku Zara dilihat sebak dan mengesat air mata ketika menyaksikan tayangan montaj yang memaparkan laporan serta gambar tragedi nahas berkenaan.

Pada sesi pertama konvokesyen itu, seramai 635 graduan menerima skrol daripada keseluruhan 7,173 graduan UPSI yang bakal dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah, Sarjaana, Sarjana Muda dan Diploma.

Sumber: Sinar Harian (Noor Ainon Mohamed)

The post Bapa Allahyarham Nurly Shahirah Cekal Terima Ijazah Anumerta Anak appeared first on Borak Daily.

View Original Article