Bapa & Anak Maut Ditikam Di Hadapan Lif Pangsapuri

LocalPolitics
7 Nov 2024 • 6:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bapa & Anak Maut Ditikam Di Hadapan Lif Pangsapuri

GEORGE TOWN — Seorang wanita dan bapanya maut selepas dipercayai ditikam oleh seorang lelaki di hadapan lif di sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Ayer Itam, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata insiden tersebut berlaku sewaktu mangsa (anak) pulang dari tempat kerja pada jam 1.15 petang tadi.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa di lokasi kejadian.

Bapa mangsa, 62, yang menyedari pergaduhan berkenaan cuba meleraikan pertengkaran antara suspek dan mangsa.

Bagaimanapun, dua beranak tersebut disyaki telah ditikam dengan senjata tajam dan disahkan maut di tempat kejadian.

Tambah Datuk Hamzah, kenyataan rasmi berhubung kejadian akan dikeluarkan.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Sinar Harian