‘Bapa-bapa punya style ni. Rajin layan anak.’ Gelagat Datuk K gunting rambut Afwa raih pujian. Comel!

22 Jun 2023 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SUKA lihat cara Datuk K yang juga suami kesayangan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melayan anak-anaknya.

Di sebalik wajahnya yang begitu serius dan garang, namun pemilik nama sebenar Khalid Mohamad Jiwa itu cukup lemah-lembut dan penyayang orangnya. Patutlah anak-anak cukup manja dan rapat dengan beliau.

image is not available

Terbaharu, Siti Nurhaliza yang cukup mesra dengan panggilan Tokti memuat naik sekeping video yang memaparkan suaminya, Datuk K sedang memotong rambut anak lelaki mereka, Muhammad Afwa.

Cukup bersahaja dan tidak kekok berbuat demikian. Sambil itu, kedengaran suara Tokti memberitahu yang beliau hanya boleh menjenguk dari jauh kerana bimbang Afwa menangis apabila melihat kehadirannya.

Turut dipaparkan kapsyen dalam video tersebut yang mengatakan adik kesayangan Siti Aafiyah itu tidak suka orang lain menyentuh rambutnya melainkan Datuk K sahaja.

image is not available

PENGALAMAN 4 ANAK LELAKI

Cara Datuk K melayani dan memujuk Afwa ketika menggunting rambut meraih perhatian.

Berikut antara komen oleh warga maya:

‘Memang bapak-bapak punya style.’

‘Bagus ye Datuk. Rajin layan anak.’

‘Mesranya ayah, masih sempat potong rambut Afwa.’

‘Afwa anak ayah.’

‘Pandai Datuk K potong rambut anak.’

‘Afwa ni baik je kan bila dengan Ayah.’

image is not available

‘Ini mesti Datuk K zaman belajar dahulu ambil upah potong rambut kawan-kawan universiti ni.’

‘Tokti lepas ni Datuk K sudah boleh buka kedai gunting rambut kanak-kanak ni.’

‘Ayah tu dah ada pengalaman empat anak lelaki. Dah ada pengalaman bab potong rambut ni.’

Berkali-kali juga admin tengok video si Afwa comel ini. Betullah, budak-budak ni kalau bukan orang favourite yang memegang rambutnya, memang menangis sampai ke sudah.

image is not available

Tak percaya? Boleh tengok adegan si kecil menangis saat barber potong rambut mereka. Ada yang meraung semahu-mahunya walau dah settle semuanya.

Lucu, kan? Itulah dinamakan kanak-kanak. Apa pun tetap cari mak ayah mereka.

Sumber: Instagram muhdafwakhalid

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!