Bapa bayi 11 bulan sebak terima kereta, hilang kata2 anak & keluarga dibantu

23 May 2024 • 10:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bapa bayi 11 bulan yang menghidap penyakit paru-paru kronik sebak apabila menerima sebuah kereta daripada seorang pengusaha kedai outomotif bagi membolehkan dia membawa anak-anak dan keluarga berulang alik ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.

Sudah terima kereta untuk bawa anak2 dan keluarga

Menerusi perkongsian daripada Daniel Firdaus, dia meluahkan rasa syukur kerana proses penyerahan kereta jenis Proton Persona kepada Mohd Azlan Ishak, 36 berjalan dengan lancar.

image is not available

“Alhamdulillah selesai proses penyerahan kereta Persona kepada En Lan serta isteri. Harap sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang dihadapi anaknya yang menghidap paru-paru kronik. Allahu, besar ujian Encik Lan, tapi Encik Lan tetap kuat,” tulisnya.

image is not available

Bapa bayi 11 bulan pernah datang sebelum ini tapi belum cukup duit

Dalam pada itu, Daniel juga memaklumkan yang Azlan telah mengunjungi premis miliknya sebelum ini untuk mencari kereta terpakai dengan harga sekitar RM1,000 hingga RM2,000 bagi membolehkan dia membawa anak ke hospital ketika waktu hujan.

Susulan daripada itu, pengusaha tersebut meminta bapa kepada bayi berkenaan memilih sahaja kereta terpakai yang dia rasa bersesuaian sehingga membuatkan suami isteri itu menangis sebak.

image is not available

Bapa bayi 11 bulan sebak, menangis terharu dibantu

Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat yang bapa kepada bayi berkenaan begitu sebak ketika memperoleh kereta tersebut sambil memeluk mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membantu mereka sekeluarga.

Dia juga berdoa supaya pengusaha berkenaan terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan selepas ini.

image is not available

Terima kasih tuan kerana bantu

Senyuman di wajah Mohd Azlan ketika memandu membawa pulang kereta tersebut bersama isteri dan anak-anaknya membuatkan ramai terharu dan meninggalkan komen positif di posting yang dibuat Daniel Firdaus.

image is not available

Seronok tengok mereka tersenyum ada kereta

image is not available

 

Syukur Allah beri mereka rezeki

image is not available

Sumber: Facebook Daniel Firdaus