
Bapa Campak Anak Dari Tingkat Enam Pusat Beli-Belah
HONG KONG — Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun nyaris maut apabila bapanya bertindak untuk mencampaknya dari tingkat enam bumbung sebuah pusat membeli-belah Kowloon City Plaza di Jalan Carpenter.
Menurut South China Morning Post, tindakan itu dipercayai dilakukan kerana bapanya dibebani hutang angkara ketagihan berjudi dan gagal melunaskannya.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ia mendedahkan lelaki berumur 58 tahun itu bersama anak lelakinya duduk di bahunya berjalan menghampiri tepi bumbung pusat beli-belah.
Lelaki tersebut melemparkan anaknyadari bumbung bangunan sebelum terjun bersama-sama.
Lelaki terbabit yang juga seorang pemandu teksi kemudian ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri bersama anaknya di lorong bersebelahan dengan pusat beli-belah itu.
Petugas keselamatan bertungkus-lumus menyelamatkan kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah itu.
Susulan itu, mangsa kini dalam keadaan kritikal dan sedang bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth.
Bagaimanapun, bapa mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kwong Wah di Yau Ma Tei.
Sementara itu, bekas isteri lelaki itu turut memaklumkan mangsa juga mempunyai masalah ketagihan dalam aktiviti perjudian hingga membebankan dirinya.
Ketua Unit Jenayah daerah Kowloon City, Inspektor Law Chin-hon dalam satu kenyataan akhbar berkata, ketagihan judi dan hutang bertimbun dipercayai menjadi punca tindakan untuk terjun dari bangunan tersebut.
Menurut Jabatan Kesihatan Mental (DMH), lebih 31,000 lebih percubaan bunuh diri dilaporkan pada tahun lalu.
Gaji sikit punca lelaki bunuh diri
Dalam kejadian yang sama, seorang lelaki berumur 32 tahun yang didakwa bunuh diri selepas dipercayai mengalami tekanan akibat masalah kewangan yang dihadapinya, lapor China Press.
Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan nekad terjun dari bangunan rumahnya selepas dikatakan putus asa dengan hidupnya.
Mangsa dipercayai hanya mendapat gaji kasar bulanan RM 1,000 selepas penat bekerja lebih masa. Hasil yang diperoleh tidak memuaskan baginya serta belum cukup untuk menampung perbelanjaannya.
Menurut salah seorang daripada rakanya, lelaki tersebut telah bekerja dalam industri hiburan bertahun-tahun sebelum menyertai syarikat terkini sebagai jurujual kad kredit.
“Gaji asasnya adalah gaji sekitar RM1,000 dan dia perlu membayar sewa, kos pengangkutan dan perbelanjaan lain. Apa yang dia hasilkan tidak mencukupi,” katanya.
Sumber: The Thaiger
The post Bapa Campak Anak Dari Tingkat Enam Pusat Beli-Belah appeared first on Siakap Keli.



