Bapa Dicekup, Jadikan Dua Anak Kandung Sebagai Hamba Seks

14 Aug 2023 • 2:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bapa rogol, amang seksual dua anak kandung dicekup

Bapa Dicekup, Jadikan Dua Anak Kandung Sebagai Hamba Seks. Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 702 tahun dan 234 sebatan atas 19 pertuduhan merogol dan 11 pertuduhan penderaan seksual terhadap dua anak kandungnya sejak enam tahun lalu.

Memetik laporan, pada 16 Julai, di hadapan Hakim Abu Bakar Manat, pekerja pembersihan berusia 53 tahun itu mengesahkan pengakuan bersalahnya di hadapan pihak pendakwaan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk terhadap dua anak perempuannya, kini berusia 15 dan 12 tahun, di dua rumah berbeza di Bakri dan Jalan Jeram Tepi, Muar sejak 2017 dan kali terakhir pada Julai tahun ini.

Sumber: sinarharian

Melakukan di lokasi yang sama, pada masa yang sama

Bukan itu sahaja, dipercayai tertuduh juga didakwa melakukan amang seksual terhadap kedua-dua mangsa di lokasi dan masa yang sama.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir memohon hukuman berat dikenakan kerana perbuatan terkutuk tertuduh akan mendatangkan trauma kepada mangsa.

Pendakwaan juga menyatakan bahawa kedua-dua mangsa takut untuk memaklumkan kepada ibu mereka tentang kelakuan jijik bapa mereka kerana bimbang penyakit buah pinggang dan darah tinggi ibu mereka.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: google

Seorang mangsa telah hamil lima minggu

Hakim turut sebak selepas mendapat tahu seorang daripada mangsa hamil lima minggu akibat perlakuan tidak bertanggungjawab bapanya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman maksimum penjara iaitu 30 tahun dan 10 sebatan untuk setiap pertuduhan merogol.

Manakala, bagi kesalahan amang seksual, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan serta tambahan dua tahun penjara dan dua sebatan.

Baca juga artikel yang berkaitan: