Bapa EXCO pengguna meninggal dunia akibat angin ahmar

23 Jan 2024 • 8:38 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 23 JAN: Bapa EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor Datuk Rizam Ismail meninggal dunia pagi tadi akibat angin ahmar dan beberapa komplikasi penyakit yang lain.

Menurut pegawai khas Rizam, Mujahid Mokhtar, Allahyarham Ismail Zakaria meninggal dunia pada usia 81 tahun di kediamannya di Kampung Tebuk Mufrad, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.

Berita pemergian bapanya itu turut dikongsikan Rizam melalui hantaran Facebooknya.

“Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa ayahanda saya yang tercinta, Ustaz Haji Ismail bin Haji Zakaria telah kembali ke Rahmatullah pada pagi tadi,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Beliau memaklumkan solat jenazah dan pengebumian akan disempurnakan pada 9 pagi esok di Masjid Kampung Tebuk Mufrad, Sungai Air Tawar.

“Saya dan keluarga amat berterima kasih kepada semua sahabat dan taulan atas kiriman ucapan takziah dan doa yang tidak putus-putus. Semoga roh Allahyarham ayahanda saya dicucuri rahmat, diampuni dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved