“Bapa Kandung Dia Orang Cina” – Tular Wanita Merapu Tuduh Ibu TokTi Dulu Ada Skandal Dengan Pemilik Kedai Runcit

Entertainment
15 Jul 2023 • 9:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di Twitter baru-baru ini sebuah video mempamerkan seorang wanita yang membuat tuduhan berat terhadap penyanyi no 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan keluarganya.

Menerusi video tersebut, wanita itu dilihat merapu dan membuat tuduhan bahawa ibu TokTi, Mak Salmah mempunyai skandal dengan seorang lelaki yang memiliki bisnes kedai runcit.

Malah, dia turut menuduh bahawa bapa kandung TokTi yang sebenarnya adalah lelaki berasal dari China itu hanya kerana Mak Salmah sering berhutang di kedainya suatu ketika dahulu.

Masa tu Mak Salmah selalu berhutang, biasalah perempuan kan.”

Dia kemudian semakin merapu dan menukar topik berkata Dato Khalid Jiwa mempunyai kacukan Melayu dan Amerika (ibu berasal dari Amerika).

image is not available

Rakaman itu meraih perhatian warganet terutamanya peminat penyanyi berkenaan di mana rata-ratanya membuat andaian bahawa wanita tersebut ‘tidak betul’.

Ramai yang turut berkata dia berada di bawah pengaruh bahan terlarang gara-gara percakapannya yang mengarut dan kata-katanya tidak tersusun.

Punyalah Melayu muka Siti, dia kata ada keturunan Cina.”

image is not available image is not available

image is not available 4 months ago

"Yaa Pasti Lesty Lebih Kerenn" - Peminat Indonesia Dakwa TokTi 'Try Hard' Tiru Cengkok Lesti Kejora