Bapa lima anak maut dibaham harimau

LocalEnvironment
19 Nov 2026 • 7:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bapa lima anak maut dibaham harimau
Kesan tapak kaki harimau yang membaham Allahyarham (Gambar kiri) . Foto Facebook Dato' Zolkafly Harun.
Image from: Bapa lima anak maut dibaham harimau
Mohd Zolkafly (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada waris Allahyarham yang maut diserang harimau pada Rabu.Foto: Facebook Dato' Zolkafly Harun

SUNGAI SIPUT - Seorang warga emas maut selepas dipercayai diserang harimau ketika mencari buluh di kawasan hutan Lata Serai Kampung Bawong di sini pada Rabu.

Mangsa, Ngah Itam, 65 yang merupakan seorang duda dan meninggalkan lima orang anak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, beliau menerima berita mengenai kejadian menyedihkan itu daripada Ketua Balai Polis Lintang.

Menurutnya, kejadian berkenaan merupakan insiden kedua membabitkan kematian penduduk Orang Asli akibat serangan harimau di kawasan Sungai Siput dalam tempoh hampir dua bulan.

"Pada 21 September lalu, seorang penduduk Kampung Takong, Pos Perwor turut meninggal dunia selepas dipercayai diserang harimau ketika mencari rotan di hutan.

"Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga ALLAH SWT mengampunkan dosa beliau, merahmati rohnya dan memberikan ketabahan kepada anak-anak serta keluarganya. Al-Fatihah," katanya menerusi di Facebook pada Rabu.

**media[3715333]**

Mohd Zolkafly yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak berharap pemantauan serta langkah keselamatan di kawasan berisiko dapat dipertingkatkan segera bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Menurutnya, penduduk Kampung Bawong dan kawasan berhampiran turut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, menjauhi lokasi kejadian serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak polis, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) serta penduduk setempat atas bantuan dan kerjasama diberikan.

Pada 22 September lalu, media melaporkan seorang lelaki Orang Asli maut selepas dipercayai diserang harimau belang ketika mencari rotan di Kampung Takung, Pos Perwor.

Mayat mangsa iaitu Zamberi, ditemukan pada jam 6:58 petang di kawasan rumpun buluh berhampiran jalan balak.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved