Bapa melecur, anak sesak nafas rumah didiami terbakar

19 Jun 2026 • 8:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bapa melecur, anak sesak nafas rumah didiami terbakar
Sebuah rumah teres dua tingkat terbakar dalam kejadian pada Jumaat.
Image from: Bapa melecur, anak sesak nafas rumah didiami terbakar
Individu terbabit melecur manakala anaknya sesak nafas dalam kejadian pada Jumaat.

KLANG - Seorang lelaki melecur manakala anaknya mengalami sesak nafas selepas rumah teres dua tingkat yang mereka diami di Jalan Raja Jumaat, Taman Seri Istana Hills di sini terbakar dalam kejadian pada Jumaat.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 57 tahun dilaporkan melecur pada bahagian pergelangan tangan dan kepala, manakala seorang lelaki berusia 28 tahun mengalami sesak nafas akibat kebakaran berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Ts. Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.23 pagi.

Menurutnya, seramai 13 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan serta BBP Klang Utara dikerahkan ke lokasi kejadian.

**media[3555574]**

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat berkeluasan 30 x 80 kaki persegi yang terbakar kira-kira 70 peratus.

"Pasukan bomba yang tiba di lokasi pada jam 5.32 pagi berjaya mengawal kebakaran pada jam 5.47 pagi sebelum meneruskan kerja-kerja pemadaman dan pemeriksaan bagi memastikan api dipadamkan sepenuhnya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa menerima rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke Hospital Klang menggunakan Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dan Penyelamat (EMRS) BBP Klang Selatan untuk rawatan lanjut.

Katanya, operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 400 kaki dengan dua pancutan air yang disalurkan daripada pili bomba berhampiran.

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.50 pagi.

"Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved