Bapa meninggal di UK, Anna Jobling tak sempat tatap wajah buat kali terakhir

Entertainment
8 Sep 2023 • 6:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon wanita popular, Anna Jobling memaklumkan yang bapanya, Abdul Rahman Jobling Abdullah telah meninggal dunia di United Kingdom semalam.

Meninggal dunia di United Kingdom

Memetik laporan dari Berita Harian, allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir disebabkan serangan jantung.

Perkara tersebut dimaklumkan Anna menerusi Insta Story miliknya dan memohon para peminat dapat sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah bapanya.

image is not available

Sedang jalani pengambaran di Bali

Menerusi maklumat dari pengurusnya, Shawn Amer, Anna tidak dapat menatap wajah bapanya buat kali terakhir berikutan berada di Bali, Indonesia atas urusan kerja.

“Allahyarham meninggal dunia di UK akibat penyakit jantung, semalam. Bagaimanapun, Anna tidak dapat bersama arwah buat kali terakhir kerana terikat dengan jadual penggambaran di Bali,” katanya.

image is not available

Difahamkan, ketika ini pelakon tersebut sedang menjalani penggambaran drama bersiri The One untuk sebuah platform penstriman di Indonesia.

Sumber: Instagram Anna Jobling, Berita Harian (Serimah Mohd Sallehuddin)