Bapa merajuk, lari dari rumah sebab anak tak izinkan berkahwin lagi

LocalFamily & Parenting
18 Feb 2025 • 12:36 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun bertindak melarikan diri dari rumah setelah tidak mendapat restu untuk berkahwin lagi. Lelaki yang dikenali sebagai BW itu ditemui dalam keadaan kebingungan sebelum datang Balai Polis Ciputat Timur pada malam Isnin, minggu lalu.

Ketua Polis Ciputat Timur, Superintendan Bambang Askar Sodiq berkata, BW tiba di balai polis sekitar jam 10.30 malam dalam keadaan bingung dan hanya meminta segelas air.

“Semasa dia datang ke balai, dia kelihatan bingung. Selepas ditanya, dia mengaku tinggal bersama anaknya yang dikenali sebagai YG di Setu Bungur, Pondok Ranji, Ciputat Timur,” katanya.

Ditemui selepas hilang 12 jam

Siasatan mendapati BW telah meninggalkan rumah sejak jam 12 tengah hari, menyebabkan keluarganya bimbang dan mula berusaha mencarinya di beberapa terminal bas tetapi tidak berjaya menemukannya.

Pada jam 1 pagi Selasa, polis menghantar BW pulang ke rumah anaknya. Penyerahan dilakukan oleh Pegawai Piket AKP Margana bersama anggota Samapta dan Binmas, serta disaksikan oleh Ketua RT 01/04 dan RT 02/04.

“Menurut keluarga, dia lari kerana ingin berkahwin lagi tetapi tidak diizinkan oleh anaknya,” tambah Bambang.

Walaupun tidak mendapat restu, BW akhirnya mahu pulang semula ke rumah. – Agensi