Bapa Pemain Liverpool Luis Diaz Dibebaskan Selepas 13 Hari Diculik

Football
10 Nov 2023 • 4:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bapa kepada pemain bolasepak Liverpool, Luis Diaz telahpun dibebaskan selepas 13 hari diculik puak gerila sayap kiri.

Memetik laporan BBC, Luiz Manuel Diaz telah diserahkan kepada pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pegawai gereja Katolik oleh anggota Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN).

Manuel telah diculik pada 28 Oktober lalu di kampung halaman keluarganya di Barracas.

image is not available

Bapa Luis Diaz dibebaskan, dibawa menaiki helikopter

Sebelum ini ibu kepada pemain bola sepak itu turut ditangkap, namun dibebaskan dalam tempoh beberapa jam selepas itu.

Difahamkan, Manuel telah dibebaskan dan dibawa menggunakan helikopter tentera ke bandar Valledupar.

image is not available

Kepulangan bapa Luis Diaz disambut dengan jersi anak

Dia akan menjalani pemeriksaan kesihatan dahulu sebelum dikembalikan kepada keluarganya. Menerusi pemeriksaan tersebut, Manuel berada dalam keadaan baik-baik sahaja tanpa mengalami sebarang penyiksaan dan penganiayaan.

Kepulangan bapa kepada pemain Liverpool itu ke pangkuan keluarga telah sambut dengan suasana yang cukup beremosi apabila memakai jersi pasukan Liverpool yang mempunyai No. 23.

image is not available

Liverpool maklumkan yang Luis gembira dengan kepulangan bapa

Dalam pada itu, Jurgen Klopp memberitahu salah satu media tempatan bahawa pemain bolasepak tersebut sangat gembira dengan pembebasan terbabit.

“Kami gembira dengan berita bapa (Luis Diaz) telah selamat kembali dan kami berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan beliau dibebaskan,” kata kelab itu pada X.

Susulan daripada itu, Persekutuan Bola Sepak Colombia mengeluarkan kenyataan melahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bertanggungjawab atas pembebasan bapa Diaz termasuk kerajaan, tentera dan polis sejak hari pertama dia dan isterinya diculik.

Sumber: BBC, X Liverpool