Bapa pukul, ugut tetak anak kandung diberkas

15 Jan 2023 • 12:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis

PETALING JAYA - Berang anak perempuannya bermain telefon hingga lewat malam, seorang bapa bertindak memukul dan mengugut untuk menetak mangsa dengan sebilah parang dalam kejadian di sebuah rumah di Lembah Subang pada Jumaat.

Bagaimanapun tindakan lelaki berumur 56 tahun itu membawa padah apabila suspek diberkas pada hari sama oleh sepasukan anggota polis yang menyerbu lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan diterima pihaknya kira-kira jam 1.18 petang.

"Siasatan awal dijalankan mendapati suspek yang bekerja sebagai pembantu restoran bertindak mengugut anaknya dengan menggunakan sebilah parang pemotong daging.

"Suspek juga sebelum itu bertindak memukul mangsa berumur 15 tahun itu dengan menggunakan tali pinggang," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, hasil laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi kira-kira jam 10.30 malam bagi memberkas suspek.

"Polis turut merampas parang yang dipercayai digunakan ketika kejadian dan suspek kemudiannya direman empat hari untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001," jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved