Bapa sanggup kayuh basikal, bawa anak hidap cerebral palsy naik Bukit Fraser

LocalFamily & Parenting
5 Feb 2025 • 10:24 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Demi menggembirakan anak syurganya yang menghidap penyakit cerebral palsy, seorang bapa sanggup kayuh basikal untuk membawa insan tersayangnya itu ke Bukit Fraser.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Wira Dihan di laman TikToknya, dapat dilihat anaknya yang dikenali sebagai Dihan, 17, diletakkan di dalam sebuah kerusi yang telah direka khas mengikut keselesaan.

Bapa sanggup kayuh basikal

@wiradihan

Aku, anak syurga & Fraser"s Hill Kayuhan Demi Kebahagiaan BIKEISABLE Anak Syurga Luar Biasa #bikeisable #lunastella #anaksyurgaluarbiasa #ProApparel #inclusiondisable #Disabledrunbikerun #CerebralPalsy #mycp

♬ Nur Nilam Sari - Search & Awie

“Aku, anak syurga dan Fraser’s Hill. Kayuhan demi kebahagiaan,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Selepas kerusi itu disambung di belakang basikal, lelaki itu mengayuh basikal ke Bukit Fraser yang berbukit-bukit dengan menggunakan semua kudrat dan tenaga.

Apa yang lebih menyayat hati, lelaki tersebut teruja selepas melihat reaksi positif Dihan yang ketawa ketika menikmati keindahan alam semulajadi.

Bapa sanggup kayuh basikal

image is not available

image is not available

image is not available

Sehingga kini, video yang berdurasi seminit itu mendapat lebih 871,000 tontonan selepas empat hari dikongsikan dalam aplikasi tersebut.

Kasih sayang seorang bapa!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum dengan pengorbanan lelaki terbabit yang sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan anak istimewanya itu.

image is not available image is not available

Semoga dipermudahkan urusan!

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar urusan lelaki terbabit dalam menjaga anaknya dipermudahkan dan mendoakan agar sentiasa kuat menghadapi ujian hidup.

image is not availableimage is not available

Untuk makluman, masalah perkembangan ini selalunya disebut sebagai cerebral palsy atau ringkasnya CP merujuk kepada ketidakupayaan seseorang mengawal pergerakan otot yang terjejas berikutan kerosakan otak ketika dalam kandungan, semasa lahir atau selepas kelahiran.

Hal ini menyebabkan anak CP sukar mengawal postur, pergerakan dan mengimbangkan diri dan dalam erti mudahnya, kanak-kanak CP mempunyai peluang yang terhad untuk bermain, meneroka persekitaran serta menjalani hidup sempurna.

Sekalipun kerosakan otak yang dihidapi itu tidak akan bertambah teruk, ia juga tidak akan sembuh buat selama-lamanya. Individu ini akan mengalami ketidakupayaan sepanjang hidup kerana masalah pergerakan.

Mereka bukan saja sukar berjalan, menguruskan diri, makan, menulis dan mencapai sesuatu, bahkan sulit untuk tersenyum.

Sumber: TikTok @Wira Dihan