Bapa Siti Nordiana Meninggal Dunia

Entertainment
21 Jul 2023 • 1:29 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar kenangan Nana bersama ayahnya sewaktu menunaikan umrah - gambar Facebook

Bapa kepada penyanyi popular, Siti Nordiana iaitu Alias Ahmad, 68, mengehembuskan nafas terakhir akibat sakit tua pagi tadi.

Berita mengenai kematian ayah Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana ini telah diumumkan sendiri oleh Nana di akaun Instagram.

"Assalamualaikum semua. Ayah Nana yang tercinta, Alias bin Ahmad baru sahaja mengehembuskan nafas terakhir. 

"Mohon semua sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham arwah ayah Nana," tulisnya dalam hantaran itu. 

Sementara itu di bahagian komen ramai rakan selebriti serta peminat Nana mengucapkan takziah kepadanya serta mendoakan agar dia diberikan kekuatan menempuhi ujian kehilangan insan tersayang.

Siti Nordiana juga turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 bagi kategori Penyanyi Wanita Popular yang akan berlangsung pada malam ini. 

Takziah buat Nana sekeluarga. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. - Getaran, 21 Julai 2023