Bapa temui mayat anak selepas 2 hari mencari

6 Aug 2023 • 1:26 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang pelayan restoran yang tidak pulang sejak Rabu, ditemui mati di sebuah bangunan lama Wisma Kebajikan, Jalan Sembulan dekat sini, pada pagi Jumaat.

Ketua Polis Bandaraya ACP Mohd Zaidi Abdullah yang mengesahkan perkara itu berkata, kejadian menyayat hati itu berlaku apabila mayat lelaki berusia 21 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap ditemui oleh bapanya sendiri yang sedang mencari anaknya.

Beliau berkata, polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecmasan mengenai penemuan tersebut.

“Seorang pegawai perubatan dari Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 mengesahkan kematian mangsa pada 9.07 pagi dan kecederaan ditemui di lengan kirinya dipercayai patah akibat terjatuh dari tempat tinggi.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more ”Siasatan di tempat kejadian mendapati bangunan lama itu merupakan bangunan lima tingkat yang terbiar hampir tujuh tahun. Mangsa dipercayai memanjat ke atas bangunan itu di mana tangki air diletakkan dan dia jatuh dari bangunan itu.

“Polis turut menemui kesan tapak kaki di kawasan tangga dan di atas kawasan tangki air, serta ‘peranti wap mudah alih’ (dipercayai milik mangsa) yang ditinggalkan di tempat kejadian,” kata Mohd Zaidi.

Beliau berkata siasatan polis juga menunjukkan tiada unsur khianat dan tiada senjata ditemui.

Mohd Zaidi berkata mayat dihantar untuk bedah siasat di HQE 1, di sini pada Sabtu bagi mengetahui punca kematian mangsa.

Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.