Bapa terlantar sakit, anak baring sebelah bacakan surah-surah al-Quran

LocalFamily & Parenting
22 Aug 2024 • 5:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Bapa terlantar sakit

Seorang anak baring sebelah bapa terlantar sakit sambil membacakan surah-surah pendek dari al-Quran telah mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai Wawa Arabella, dia memuat naik momen sewaktu anaknya berada di sebelah bapanya yang tidak begitu sihat di atas katil.

@wawaarabella

Sejak² dah boleh baring sebelah ayah dia nie , makin banyakk surah dia baca dekat ayah dia

♬ original sound – Wawa Arabella – Wawa Arabella

Bapa terlantar sakit, anak bacakan surah2 pendek

Dalam kapsyen yang dinyatakan, anaknya memberitahu mahu membaca beberapa surah kepada bapanya memandangkan ketika sihat lelaki itu hanya mendengar bacaan yang belum lancar.

Wawa Arabella juga berharap agar suaminya diberi kesihatan dengan segera agar dapat mendengar bacaan surah anaknya yang semakin lancar.

Bapa terlantar sakit, alami gegaran otak

Menerusi hantaran lain di akaun pengguna TikTok itu, dia memaklumkan yang suaminya mengalami gegaran otak agak kuat sehingga tidak sedarkan diri.

Walau bagaimanapun, sudah ada sedikit perkembangan positif terhadap kesihatannya dan ahli keluarga tetap setia untuk melihat lelaki itu kembali sihat seperti sedia kala.

@wawaarabella

Dari hari ke hari , alhamdulillah Allah izinkan sikit demi sikit tuk abg tunjuk pegerakan abg . Jauh sgt beza masa abg kat sepital haritu . Terima kasih sebab terus berjuang tuk sihat demi kami yang masih memerlukan kasih syg dari abg

♬ Kalau Bukan Karena Kesabaran Yang Besar – putra dirga

Bapa nampak gembira sambil pegang tangan anak

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata mendoakan agar suami kepada Wawa Arabella segera sembuh.

Mereka juga berharap supaya anaknya membesar menjadi anak yang soleh sekaligus mampu mendoakan ibu bapa di masa hadapan baik di dunia mahupun di akhirat.

image is not available

Sebak lihat momen tersebut

image is not available

Anak yang cukup hebat

image is not available

Semoga diberi kesihatan yang baik

image is not available

 

Semoga urusan keluarga ini dipermudah dan anak-anak dapat melihat bapanya sedar sepenuhnya serta sembuh seperti sedia kala.

Sumber: TikTok wawaarabella