Bapa tiri didakwa lakukan amang seksual terhadap anak perempuan

10 Jul 2026 • 4:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Bapa tiri didakwa lakukan amang seksual terhadap anak perempuan

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 27 tahun didakwa atas pertuduhan melakukan gangguan seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan.

Lelaki berkenaan dituduh melakukan kesalahan itu terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan meraba payudara serta kemaluannya di sebuah bilik sewa di Inanam pada jam 9.30 pagi, 30 Jun lalu.

Pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 12 Ogos depan untuk pengurusan kes sebelum perbicaraan dan membebaskan tertuduh dengan jaminan RM6,000 serta dua penjamin tempatan.

Selain itu mahkamah turut mengarahkan tertuduh untuk melaporkan diri di Balai Polis Manggatal pada setiap hari pertama setiap bulan dan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah (jika ada).

Lelaki berkenaan juga diingatkan supaya tidak mengganggu mangsa dan dikehendaki berpindah ke rumah lain sekiranya masih tinggal sebumbung dengan mangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim manakala tertuduh diwakili peguam bela Syed Anwar Sh Abdullah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved