“Qimi tak kuat macam ni Pa, tunggu Qimi balik Pa, Qimi nak jumpa Papa.”
Itu luahan penyerang skuad B-23 negara, Haqimi Azim Rosli, selepas bapa tirinya, Shahrol Asikin Shariff, meninggal dunia akibat serangan angin ahmar sebentar tadi.
Haqimi memaklumkan berita duka itu menerusi kiriman di akaun Instagram miliknya, menyatakan pemergian bapa tirinya mengejutkan dan amat berat untuk diterima oleh keluarganya.

Foto: Astro Awani
“Saya ingin memaklumkan bahawa papa saya telah meninggal dunia pagi tadi. Pemergiannya sangat mengejutkan dan berat untuk kami sekeluarga terima tetapi kami reda dengan ketentuan Allah.
“Saya mohon jasa baik semua untuk mendoakan arwah papa, semoga Allah mengampunkan dosanya, menerima segala amalnya, dan memberikan tempat yang indah buatnya di sisi-Nya.
“Doakan juga agar kami sekeluarga diberi ketabahan dan kekuatan melalui saat sukar ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua,” tulisnya.

Haqimi kini dalam perjalanan pulang ke tanah air bagi menghadiri pengebumian bapa tirinya.
Sementara itu, Malaysia dijadualkan menentang Vietnam pada aksi terakhir peringkat Kumpulan B di Stadium Rajamangala, Bangkok, petang Khamis ini.

Sumber: Astro Awani
The post Bapa Tiri Meninggal, Penyerang Skuad B-23 Bergegas Balik Malaysia appeared first on Borak Daily.
