Bapa tunaikan hajat, anak hidap kanser saraf tahap 4 teringin mandi kolam

Family & Parenting
24 Jun 2023 • 2:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak dan segala permintaan mereka akan dipenuhi mengikut kemampuan masing-masing.

Ini termasuk jugalah seorang bapa yang sanggup mendukung anak perempuannya yang terlantar sakit menuju ke kolam mandi bagi menunaikan permintaan untuk merasai pengalaman seperti kanak-kanak lain.

Menerusi hantaran dikongsikan di platform TikTok milik @syukrilazizi, dilihat dia sedang mengangkat anakanda, Nurul Jannah yang terbaring lemah di atas pelampung sebelum dibawa ke kolam.

“Tunaikan permintaan Nurul Jannah untuk pergi kolam,”tulisnya.

@syukrilazizi

Assalamualaikum shbt Tt semua, sekadar perkongsian permintaan anaknda Nurul Jannah utk pergi kolam.Moga bukan yg terakhir papa & Ummi dpt tunaikan permintaan kamu

♬ Sayang Sampai Mati – Firman Khan

Dalam pada tu, dia juga berharap agar itu bukanlah permintaan terakhir yang dibuat oleh anaknya dan dapat ditunaikan bersama isteri demi anak tercinta.

“Semoga ini bukan kali terakhir papa dan ummi dapat tunaikan permintaan kamu,”luahnya.

image is not available

Sakit kanser saraf tahap 4

Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu disahkan menghidap penyakit kanser neuroblastoma (barah saraf) tahap 4 seawal usia empat tahun lagi dan tiada rawatan buat dirinya.

@syukrilazizi

Assalamualaikum shbt Tt semua sekadar perkongsian masa mula-mula Nurul Jannah di sah kn kanser neuroblastoma tahap 4 di usia 4 tahun

♬ bunyi asal – syukrilazizi – syukrilazizi

Perkongsian itu menyentuh hati ramai warganet di mana mereka mendoakan agar kanak-kanak berusia diberi keajaiban untuk sembuh seperti sediakala dan kembali ceria.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @syukrilazizi