Bapa tunggal aniaya anak dipenjara 2 tahun

8 Jan 2025 • 8:52 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang bapa tunggal Filipina dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Tawau, pada Selasa selepas mengaku bersalah menganiaya anak lelakinya, 7, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa, pada Oktober tahun lalu.

Sargalye Salasain, 29, yang memegang dokumen IMM13, turut dikehendaki mengemukakan bon berkelakuan baik berjumlah RM2,000 dengan seorang penjamin tempatan selama dua tahun.

AdvertisementLelaki itu juga diperintah menjalani program khidmat masyarakat selama 120 jam dalam 12 bulan selepas dibebaskan dari penjara. Hukuman penjara berkuatkuasa dari tarikh tangkap.

Sargalye sebagai bapa kepada mangsa, dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Ahmad Faizadh Yahaya atas dakwaan menganiayai sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada kanak-kanak tersebut di sebuah rumah dekat Kampung Sungai Buaya, Batu 3 Jalan Apas, sekitar jam 10.45 pagi pada 12 Oktober 2024.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Sargalye didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, Sargalye dikatakan memarahi mangsa yang bermain guli sebelum memukulnya menggunakan tali pinggang sehingga menyebabkan kecederaan pada badan mangsa.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kejadian itu disaksikan isteri kepada bapa saudara mangsa yang sempat mengambil rakaman video sebelum laporan polis dibuat.

Timbalan Pendakwa Raya Shearil Aizad Murnizam mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh diwakili peguam Chen Wen Jye, secara pro bono.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Terdahulu, Wen Jye dalam mitigasinya memohon hukuman ringan, mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh yang menjimatkan masa mahkamah tanpa perlu melibatkan perbicaraan panjang.

Menurutnya, tertuduh adalah seorang bapa tunggal dan mangsa dalam kes ini adalah anak kandungnya sendiri yang tinggal bersama ibunya dan kini menjaga mangsa.

“Tertuduh menyesali perbuatannya kerana pada hari kejadian, beliau hanya berniat untuk menghukum anaknya daripada bermain pasir kerana mempunyai kulit sensitif dan mengalami ekzema,”katanya.

Tambahnya, kes itu juga adalah kesalahan pertama tertuduh dan dia memberikan kerjasama penuh kepada polis sepanjang siasatan.