Bapa Uqasha Senrose Desak Kamal Adli Lepaskan Anak – “Kau Ni Dayus, Orang Tak Nak Dekat Kau”

LocalEntertainment
19 Dec 2025 • 7:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bapa kepada pelakon Uqasha Senrose, Nik Sen Mat Rifin, tampil menggesa menantunya, aktor Kamal Adli, agar melepaskan anak perempuannya dan mempercepatkan proses perceraian yang sedang berlangsung.

Menerusi temu bual bersama program Melodi, Nik Sen meluahkan kemarahan dan melabelkan Kamal sebagai lelaki dayus, selain mendakwa aktor itu telah menyiksa mental dan fizikal anaknya.

Advertisement
View this post on Instagram

Kamal kalau kau ni jantan, kau lepaskanlah dah orang tak nak kat kau. Kau nak buat apa lagi.

Kau ni dayus, kau lepaskan orang tak nak dekat kau. Senang cerita.

Tambah Nik Sen, beliau sama sekali tidak mahu Uqasha kembali rujuk dengan Kamal dan bimbang sekiranya perkara sama akan berulang, selain tidak sanggup melihat anaknya terus menjadi mangsa penderaan rumah tangga.

image is not available
image is not available

Nak kehulu kehilir, banyak cerita pasal apa, kalau kata balik (bersama) pun, akan benda sama berlaku dan saya tak rela anak saya dipukul hari-hari.

Terdahulu, Uqasha mendakwa suaminya melakukan keganasan rumah tangga terhadap dirinya selepas prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Bagaimanapun, Kamal ketika ditemui media menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyatakan kesediaannya untuk bersumpah menjunjung Al-Quran bahawa dia tidak pernah mendera atau memukul isterinya sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-19 12:54:25

Dipersoal Kenapa Tak Buat Laporan Polis Dulu, Uqasha Senrose Jawab - "Aku Ni Pulak Bod*h Nak Tutup..."

The post Bapa Uqasha Senrose Desak Kamal Adli Lepaskan Anak – “Kau Ni Dayus, Orang Tak Nak Dekat Kau” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.