“Bapak Dia Macam Tu La, Suka Cium-Cium Bontot” – Respon Watie Bila Anak Terlampau Manja

LocalEntertainment
9 Dec 2024 • 11:36 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
shuib

Anak ketiga pelawak Shuib, Ariq Matin, terkenal dengan perangai ‘random’ yang mencuit hati. Selain manja dengan ibu tirinya, Watie Hanifiah, gelagat spontan Matin sering mencuri perhatian.

Baru-baru ini, sebuah video tular memaparkan Matin mengusik Watie yang sedang bersiap memakai tudung.

“Bila perangai bapak menurun dekat anak..”

Dalam rakaman yang dimuat naik jenama produk kurus Berryfull Official HQ itu, dia dilihat menepuk punggung, memeluk, dan mencium bahagian belakang badan ibunya.

Tindakan spontan tersebut mengundang tawa orang sekeliling. Ketika ditanya sama ada perangai Matin sama di rumah, Watie menyifatkan anak tirinya itu ‘menurun’ perangai Shuib.

Matin, yang kelihatan malu dengan gurauan itu, terus memeluk Shuib. Di TikTok, gelagat ini menghiburkan ramai.

Netizen beri pelbagai pendapat

image is not available

Namun, di platform X, sebahagian netizen menyuarakan rasa kurang selesa. Mereka merasakan aksi tersebut kurang sesuai kerana Matin kini semakin meningkat usia.

https://twitter.com/_ik4hafizie/status/1865752341955436926

#OhmediaNasihat

Kadangkala, tindakan spontan boleh dianggap biasa bagi sesetengah keluarga tetapi mungkin dilihat kurang sesuai oleh orang luar. Untuk mengelakkan fitnah, sebaiknya perkara sebegini tidak dikongsikan untuk tontonan umum.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok Berryfull Official HQ


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved