“Bapak Terlebih Gula” – Menari Terkinja-Kinja, Netizen Kata Anak Sulung Lagi Matang Dari Aliff Syukri

19 Oct 2022 • 1:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri tidak pernah terlepas daripada kecaman kerana sering kali melakukan tindakan yang dianggap cuba meraih perhatian netizen.

Terkini, satu video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya memperlihatkan Aliff menari tarian DINO SONG di samping anak lelakinya, Ammar Ahyan.

Walau bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah riak muka yang ditunjukkan oleh Ammar.

Dalam video singkat itu, anak sulung kepada Aliff Syukri seolah-olah malu dan akur dengan perangai bapanya.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen membandingan perilaku Aliff Syukri yang dianggap tidak matang berbanding anak sulungnya.

Namun ada juga segelintir netizen yang menyifatkan perangai anak sulungnya itu mirip isteri Aliff Syukri, Datin Syahida.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sekadar info, Aliff Syukri telah mendirikan rumah tangga bersama Nur Shahida Mohd Rashid dan dikurniakan enam cahaya mata.

image is not available 4 minggu lalu

"Boleh Tak Nak Kahwin Lagi?" - Gurau Nak Tambah Isteri, Netizen Dakwa Aliff Syukri Tak Hormat Isteri