“Bapak Yang Bang*ng, Salahkan Kerajaan” – Bunga Api Meletup Di Tangan Anak, Netizen Kecam ‘Parents’ Lalai

7 Feb 2023 • 6:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kalau dah namanya perayaan mestilah akan dimeriahkan dengan bunyi dentuman mercun dan bunga api kan?

Tetapi kadang kala masih ada pihak yang terlepas pandang tentang risiko keselamatan apabila bermain dengan mercun atau bunga api terutamanya untuk kanak-kanak.

image is not available 9 bulan lalu

"Mentality Kelaut!" - Wanita 'Naik Hantu' Jiran 'Letup' Mercun Bola Di Koridor Kondo

Meskipun di bawah pengawasan orang dewasa namun malang itu tidak berbau dan itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan baru-baru ini.

Perkongsian di Twitter memaparkan kanak-kanak itu sedang bermain bunga api di balkoni rumah dan ditemani seorang individu dewasa.

Individu itu dilihat turut sama-sama memegang bunga api tersebut namun selepas beberapa das, ia tiba-tiba meletus pada bahagian yang dipegang.

Berdasarkan foto yang dikongsi, kanak-kanak itu cedera di bahagian tangan yang melecur dan kemerah-merahan akibat terkena percikan bunga api berkenaan.

image is not available

Pengguna Twitter tersebut mengaitkan isu politik apabila dia mempersoalkan tentang langkah kerajaan yang mahu membenarkan penjualan mercun dan bunga api.

Namun, netizen sebaliknya menyelar ibu bapa kanak-kanak yang cedera itu kerana seharusnya bertanggungjawab serta mengambil berat risiko bermain bunga api terhadap anak mereka.