Baran Cari Isteri Tak Jumpa, Lelaki Bakar Pondok, Pecahkan Cermin Kereta Orang Awam

12 Jul 2022 • 12:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hanya kerana tidak dapat menemukan isteri, seorang lelaki mengamuk dengan membakar pondok dan memecahkan cermin sebuah kereta dalam kejadian yang berlaku di Taman Seri Astana, Sungai Petani.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata bahawa lelaki yang berusia 54 tahun itu juga didapati memegang sebilah parang dalam kejadian itu.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 10.20 pagi, di mana suspek sebelum itu difahamkan mencari isterinya di rumah dan di pasar pagi namun tidak dapat ditemui.

Selain itu, lelaki tersebut turut pergi ke kedai makan yang sebelumnya diusahakan oleh isterinya namun masih lagi tidak dapat menemukan wanita berkenaan.

image is not available

Sumber : Utusan Malaysia 

Menurut Zaidy, perkara itu membuatkan lelaki terbabit berang dan terus mengamuk dengan membakar sebuah pondok serta memecahkan cermin kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis NAZA Ria milik orang awam.

Selepas bertindak sedemikian, suspek melarikan diri di kawasan semak di belakang pondok dan telah ditahan selepas polis menerima laporan berkaitan lokasi suspek.

Ketika ditahan, suspek tidak melawan dan memberitahu bahawa dia tertekan dengan masalah rumah tangga yang dihadapinya. Suspek yang merupakan seorang penganggur mempunyai lapan rekod jenayah dan empat rekod dadah.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 435/427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api, khianat pecah cermin kenderaan dan ugutan.

image is not available 4 hari lalu

Cemburu Bekas Isteri Ada Kekasih Lain, Lelaki Bakar 34 Buah Motosikal Di Flat PPR