Barang kes bernilai lebih RM1.3 juta dilupus

19 Jul 2024 • 11:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Barang kes bernilai lebih RM1.3 juta dilupuskan di IPD Gombak, pada Jumaat.

image is not available
Noor Ariffin (kanan) dan Baharudin (dua dari kanan) menunjukkan antara barang kes yang dilupuskan pada Jumaat.

GOMBAK - Sebanyak 183,211 barang kes termasuk peralatan komputer, rokok dan arak bernilai lebih RM1.3 juta dilupuskan.

Pelupusan itu selepas menerima arahan mahkamah itu membabitkan 913 kertas siasatan yang disiasat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sejak 2015.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, sebanyak 2,650 barang kes perjudian dan bitcoin seperti komputer, komputer riba, telefon bimbit, modem, router, kertas loteri, alat pencetak serta mesin minning bitcoin dilupuskan.

**media[2731699]**

"Turut dilupuskan barang kes kontraban terdiri daripada 112,730 kotak rokok pelbagai jenama dan minuman keras pelbagai jenama (64,070 botol dan tin) serta pelbagai barangan am lain.

"Kesemua barang kes akan dilupuskan dengan kaedah e-waste dan musnah (tanam, bakar, buang) mengikut prosedur ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara," katanya dalam sidang akhbar di pekarangan IPD Gombak pada Jumaat.

Turut hadir ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.