Barangan RM16.8 juta dirampas

17 Nov 2026 • 5:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Barangan RM16.8 juta dirampas

Kota Kinabalu: Polis merampas pelbagai barangan tidak bercukai bernilai RM16.88 juta dalam enam operasi bersepadu berasingan di Sabah, bulan lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata enam siri operasi – dijalankan di bawah Op Taring Alpha 2 dan Op Taring Alpha 5 di sekitar Kota Kinabalu, Menggatal, Inanam, Putatan, Tuaran dan Penampang – mencatatkan rampasan minuman keras disyaki tidak bercukai bernilai RM14.95 juta, kenderaan dianggarkan RM1.25 juta serta produk makanan, kesihatan dan kosmetik bernilai RM675,112.

Beliau berkata tiga lelaki asing, berumur lingkungan 30an dan 40an, turut ditangkap semasa operasi yang berlangsung dari 22 hingga 27 Okt itu.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan awal mendapati premis-premis yang diserbu dipercayai digunakan sebagai lokasi penyimpanan sementara, penjualan dan pengedaran minuman keras serta pelbagai produk makanan, kesihatan dan kosmetik.

“Siasatan turut mendapati bekalan barangan bagi beberapa premis dipercayai diperoleh daripada pembekal tempatan dan luar negara sebelum diedarkan kepada pelanggan.

“Lebih membimbangkan terdapat premis yang dipercayai menjalankan kegiatan perniagaan berkenaan sejak antara dua hingga 16 tahun.

“Sehubungan itu, pihak polis bukan sahaja memberi tumpuan kepada rampasan barangan malah turut berusaha mengenal pasti pihak yang menjadi dalang serta rangkaian yang membolehkan aktiviti ini terus beroperasi,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, Isnin.

Mohd Yusri berkata rampasan menerusi Ops Taring Alpha 2 berjumlah RM16.20 juta, merangkumi 433,296 tin minuman keras yang dirampas di Penampang, 1,485 botol minuman keras bernilai RM742,500 di Manggatal serta 22,320 tin minuman keras dan tiga lori bernilai RM1.4 juta di Tamparuli.

Menerusi Ops Taring Alpha 5 pula, polis merampas barangan bernilai RM675,112 dalam tiga operasi, membabitkan 577 produk makanan diproses sejuk dan beku serta 251 produk kesihatan dan kosmetik di Centre Point yang dipercayai berasal dari Filipina.

Polis turut merampas 526 bungkusan produk makanan sejuk beku, 313 produk kesihatan dan kosmetik, 2,007 produk makanan diproses serta 14,000 bungkusan pelbagai produk makanan diproses di Putatan.

Mohd Yusri berkata kes rampasan minuman keras disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, manakala produk makanan, kesihatan dan kosmetik dirujuk kepada Kementerian Kesihatan (KKM) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk tindakan lanjut.

Secara keseluruhan, katanya, Ops Taring Alpha 2 di Sabah merekodkan 30 kes dan 62 tangkapan setakat tahun ini, dengan nilai rampasan melebihi RM63.53 juta, manakala Ops Taring Alpha 5 mencatatkan lapan kes dan satu tangkapan dengan nilai rampasan RM1.8 juta.

Sementara itu, Unit Risikan Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JSJDNKA) merekodkan 298 kes, membabitkan 493 tangkapan serta rampasan bernilai RM352.54 juta setakat bulan lepas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved