Barangan Rumah Bernilai Lebih RM40K Lesap, Polis Giat Buru 4 Perompak Bersenjata Di Serian

24 Nov 2024 • 9:46 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Empat perompak bersenjata diburu polis

Barangan Rumah Bernilai Lebih RM40K Lesap, Polis Giat Buru 4 Perompak Bersenjata Di Serian. Dilaporkan bahawa, empat lelaki bersenjatakan parang merompak sebuah rumah di Kampung Panchor Dayak, Jalan Batu 29, Serian, pada kira-kira jam 1.48 pagi hari ini, dan melarikan barangan bernilai lebih RM40,000.

Ketua Polis Daerah Serian, DSP Neil Baginda, mengesahkan bahawa pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

image is not available
Barangan Rumah Bernilai Lebih RM40K Lesap, Polis Giat Buru 4 Perompak Bersenjata Di Serian. Sumber gambar: DayakDaily

Memotong pintu pagar utama

Menurut beliau, siasatan mendapati bahawa perompak memasuki rumah dengan memotong pintu pagar utama dan masuk melalui tingkap rumah.

Antara barangan yang dicuri termasuk wang tunai, barang kemas emas, kunci rumah, komputer riba, kad ATM, kad pengenalan, lesen memandu, kunci kereta Toyota Avanza, dan makanan kering, dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM40,700, katanya dalam satu kenyataan semalam.

image is not available
Sumber gambar: Harakahdaily

Kes ini sedang disiasat

Neil menambah bahawa kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda, dan sebatan.

Polis kini giat memburu suspek dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Rizal Nante, di talian 082-874201.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: