Barat bersiap perang dengan Russia

WorldPolitics
19 Sep 2026 • 11:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Barat bersiap perang dengan Russia

MOSCOW: Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov mendakwa Barat sedang membuat persiapan untuk berperang dengan Moscow dengan menggunakan alasan konon negara itu menjadi ancaman kepada Eropah.

Beliau berkata, Russia bersedia menghadapi sebarang cabaran luar yang boleh mengancam ke­selamatan negaranya.

“Golongan pemerintah dan elit di kebanyakan negara Barat kini menyebarkan mitos mengenai ancaman dari Russia, selain aktif membuat persiapan untuk berperang dengan negara kita,” katanya ketika berucap pada pembukaan Kongres Keempat Gerakan Russophile Antarabangsa di Moscow, kelmarin.

Beliau turut mendakwa Russia dipersalahkan oleh negara Barat kerana kononnya menjejaskan nilai-nilai Eropah.

Lavrov turut membandingkan pendekatan pegawai Amerika Syarikat (AS) dengan pemimpin Eropah, dengan menyifatkan Washington bersedia mengekalkan dialog walaupun kedua-dua pihak mempunyai pendirian yang amat berbeza.

“Terdapat perbezaan penting antara golongan elit AS dan Eropah ialah mereka bersedia untuk berunding. Walaupun pen­dirian kedua-dua pi­hak bertentangan secara radikal, dialog tetap penting,” katanya.

Lavrov berkata, Moscow terbuka untuk me­ngadakan perbincangan serius dengan pegawai yang bersedia berun­ding, sambil menegaskan pegawai asing tidak perlu berkunjung ke Russia sekadar mengulangi kritikan secara terbuka terhadap negara itu.

“Untuk mengutuk Russia, mereka tidak perlu datang ke sini. Namun, kami sentiasa terbuka untuk perbincangan serius,” katanya, sambil menegaskan pendekatan itu turut diamalkan AS dalam hubungannya dengan Russia. – AGENSI

The post Barat bersiap perang dengan Russia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved