Barath sudah pulang ke pangkuan keluarga

LocalFamily & Parenting
8 Jul 2026 • 1:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Barath sudah pulang ke pangkuan keluarga
Barath

AMPANG – Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar membawa anjing peliharaannya bersiar-siar di Taman Permata, di sini pada Ahad, telah pulang ke pangkuan keluarganya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, remaja berkenaan yang dikenali sebagai N Barath, 14, pulang ke rumah keluarganya pada malam Selasa.

"Siasatan mendapati remaja itu tidak berpuas hati dengan hasrat ibunya untuk menempatkannya di rumah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjaga anak yatim dan kanak-kanak bermasalah," katanya.

Sebelum ini, Khairul Anuar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan remaja itu daripada ibunya pada Selasa.

Beliau berkata, kali terakhir Barath dilihat keluar dari rumah kira-kira jam 7 malam sebelum disedari masih belum pulang sejam kemudian.

Menurutnya, pengadu kemudian menemui anjing peliharaan keluarga itu diikat pada sebatang pokok di tepi jalan berhampiran rumah, namun remaja berkenaan tidak berada di lokasi tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved