Barcelona kukuhkan penguasaan La Liga

Football
30 Apr 2023 • 10:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Christensen (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika kemenangan ke atas Real Betis. - Foto AFP

RAPHINHA menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan untuk Barcelona kembali berkelebihan 11 mata di kedudukan teratas La Liga selepas menewaskan Real Betis 4-0 awal pagi Ahad.

Real Madrid merapatkan jurang itu kepada lapan mata susulan kemenangan 4-2 ke atas Almeria sebelum sepak mula di Camp Nou tetapi Barca memastikan keadaan itu tidak bertahan lama menerusi kemenangan bergaya mereka.

Gol tandukan awal Andreas Christensen selepas menerima bola daripada hantaran lintang Raphinha meletakkan Blaugrana di depan pada minit ke-14 sebelum Robert Lewandowski menyambut masuk gol kedua Barca pada minit ke-36.

Raphinha kemudian mencatatkan namanya sebagai penjaring gol ketiga Barca sebaik menerima lorongan Sergio Busquet pada minit ke-39.

Aksi dominan Barca itu ditamatkan dengan satu lagi gol yang disumbangkan jaringan sendiri Guido Rodriguez pada minit ke-82.

Barcelona turut memperkenalkan pemain muda berusia 15 tahun, Lamine Yamal yang merupakan pemain pemain kedua termuda dalam sejarah kelab.

"Dia mempunyai bakat luar biasa di bahagian serangan yang sukar dicari. Dia tidak kelihatan seperti baru berusia 15 tahun, dia lebih matang daripada usianya. Saya melihatnya dalam latihan dan dia menunjukkannya.

"Dia bermain 10 minit, tetapi melakukannya dengan baik, dia mampu melakar sesuatu di kelab," kata pengendali Barcelona, Xavi Hernandez.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved