Barcelona, Manchester United sama kuat

Football
17 Feb 2023 • 9:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rashford

GERGASI La Liga, Barcelona bangkit untuk meraih keputusan seri 2-2 ketika berdepan Manchester United dalam perlawanan pusingan pertama playoff pusingan kalah mati Liga Europa pada Jumaat.

United kendalian Erik ten Hag merupakan pasukan yang lebih baik untuk sebahagian besar permainan dan mengawal tempo, namun dikecewakan penjaga gol Marc-Andre ter Stegen yang melakukan tiga penyelamatan cemerlang pada separuh masa pertama.

Pendahulu LaLiga dikemudikan Xavier Hernández bagaimanapun menceriakan Stadium Camp Nou menerusi menjaringkan gol pertama, lima minit selepas rehat, apabila Marcos Alonso menjaringkan gol hasil tandukan dari sepakan sudut minit ke-50'

Marcus Rashford menyamakan kedudukan tiga minit kemudian yang berpunca serangan balas di sebelah kiri, menjaringkan gol penyudah menewaskan Ter Stegen.

Rashford sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila menyudahkan tendangan sudut pendek mengelirukan pertahanan tuan rumah Jules Kounde yang menjelmakan gol sendiri.

Bagaimanapun Barcelona berjaya menyamakan kedudukan hasil kesilapan pertahanan United menghadiahkan bola di tepi kotak mereka kepada Raphinha yang hantaran lintangnya menewaskan David de Gea pada minit ke-76'.

Liga Europa

Barcelona 2-2 Manchester United

Salzburg 1-0 AS Roma

Juventus 1-1 Nantes

Bayer Leverkusen 2-3 AS Monaco

Shakhtar 2-1 Rennes

Ajax 0-0 Union Berlin

Sevilla 3-0 PSV Eindhoven

Braga 0-4 Fiorentina

Lazio 1-0 CFR Cluj

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved