Barcelona Putuskan Hubungan Dengan Israel Kerana Pelanggaran Hak Asasi Manusia

9 Feb 2023 • 9:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Barcelona Putuskan Hubungan Dengan Israel Kerana Pelanggaran Hak Asasi Manusia

OVIEDO (Sepanyol), 9 Feb (Bernama) — Datuk Bandar Barcelona Ada Colau mengumumkan bandar itu memutuskan semua hubungan dengan Israel kerana “pelanggaran hak asasi manusia secara berulang terhadap penduduk Palestin dan ketidakpatuhan kepada resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”.

Ada Colau telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, lapor Agensi Anadolu memetik catatan Instagram beliau.

Langkah itu termasuk menamatkan perjanjian Barcelona dan Tel Aviv yang ditandatangani pada 1998.

Colau berkata keputusan itu dibuat atas permintaan lebih 100 entiti dan beribu-ribu penduduk Barcelona.

Beliau berkata namun, pihaknya akan terus bekerjasama dengan entiti Palestin dan Israel “yang bekerja untuk keamanan dan menentang apartheid.”

Persekutuan Komuniti Yahudi di Sepanyol (FCJE) “membantah dan kesal” dengan keputusan itu yang didakwa dibuat “tanpa perbahasan” dan tidak mewakili Barcelona dan rakyatnya.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved