Barcelona risau ancaman Rashford

Football
15 Feb 2023 • 10:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rashford

PERTAHANAN Barcelona, Andreas Christensen memberi amaran kepada pasukan gergasi Sepanyol itu supaya berhati-hati dengan ketajaman penyerang Manchester United, Marcus Rashford.

Barcelona akan menerima kunjungan United dalam perlawanan pertama play-off Liga Europa pada Jumaat.

United telah memenangi 12 daripada 15 perlawanan dalam semua pertandingan selepas rehat Piala Dunia yang dibantu dengan persembahan cemerlang Rashford.

Pemain berusia 25 tahun itu telah menjaringkan 13 gol untuk United sejak liga bermula semula dan Christensen menjangkakan ujian sukar daripada penyerang itu di Camp Nou.

"Dia berada dalam prestasi yang hebat pada masa ini. Saya sangat menyukainya, saya suka cara dia bermain. Dia seorang pemain yang berbahaya.

Rashford telah menjaringkan 21 gol musim ini dan mendapat manfaat daripada bimbingan Erik Ten Hag.

Dalam pada itu, Christensen turut memuji Ten Hag yang berupaya mengembalikan semula kekuatan United.

"Mereka mempunyai kualiti yang hebat dan cara bermain adalah baik. Saya fikir Ten Hag akan membawa mereka ke tahap yang berbeza.

"Ia akan menjadi perlawanan yang sukar, tetapi saya fikir kami berada dalam momentum yang hebat. Akan menjadi perlawanan yang hebat," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved