Barcelona sedia terima Messi

Football
3 Jun 2023 • 12:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MESSI FOTO: AFP

PENGENDALI Barcelona, ​​Xavi Hernandez berkata Lionel Messi akan membuat keputusan mengenai masa depannya dalam masa terdekat selepas kontraknya tamat bersama Paris Saint Germain (PSG).

Menurut Xavi, kelab Catalan itu juga masih menaruh minat untuk menandatangani penyerang itu sekiranya dia memilih untuk kembali ke Barcelona.

Messi, 35, akan meninggalkan juara Perancis itu sebagai ejen bebas selepas dua tahun di Paris.

ESPN melaporkan pada April bahawa Messi sedang mempertimbangkan tawaran besar daripada kelab Arab Saudi, Al Hilal walaupun bapanya, Jorge menafikan laporan tersebut.

"Dia akan membuat keputusan minggu depan dan kini terdapat 200 kemungkinan. Dia akan menentukan masa depannya dan di sini pintu terbuka, tiada perdebatan.

"Dia akan menamatkan musim di sana (di PSG). Dia sangat menghormati PSG. Dia mahu menamatkan dengan cara terbaik.

"Kontraknya tamat dan kemudian, dia mempunyai hak di dunia untuk menyatakan di mana dia pergi, ke mana hendak menamatkan kerjayanya," katanya.

Messi menghabiskan tempoh 21 tahun di Barca dan membantu kelab itu memenangi 35 trofi kemudian berpindah ke PSG pada Ogos 2021 kerana krisis kewangan kelab.

Penyerang Argentina itu telah menyumbang 21 gol dan 20 bantuan untuk PSG dalam semua pertandingan musim ini.

"Saya fikir dia masih boleh terus bermain di peringkat tertinggi dan jika dia datang ke Barca, semua orang memerlukannya,"katanya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved