Barcelona tagih sentuhan Pedri di Lisbon

Football
5 Mar 2025 • 7:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pedri Gonzalez jadi sandaran pengendali Barcelona, Hans Flick dalam merancanakan serangan ke kubu Benfica menjelang pertembungan pertama peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.

PEMAIN tengah, Pedri Gonzalez menjadi sandaran pengendali Barcelona, Hans Flick dalam merancanakan serangan ke kubu Benfica menjelang pertembungan pertama peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) di Lisbon, awal pagi nanti.

Sentuhan Pedri amat ditagih selepas pemain berusia 22 tahun itu memainkan peranan utama dalam kebangkitan semula Barcelona.

Kualiti dan konsistensi Pedri menjadi tunjung kepada musim cemerlang Barcelona setakat ini dengan pasukan itu berada di puncak saingan La Liga, selain mara ke separuh akhir Copa del Rey.

Kini, kelab Catalan itu memburu gelaran UCL pertama mereka sejak 2015.

“Saya tidak dapat menggambarkan Pedri, dia memang luar biasa,” kata Flick.

Musim ini, Pedri sudah beraksi dalam 39 perlawanan untuk Barcelona dalam semua pertandingan iaitu lebih banyak daripada tiga musim sebelumnya.

Walaupun catatannya sebanyak lima gol dan enam bantuan gol kelihatan sederhana, namun prestasinya di atas padang tiada tandingan.

Pedri menikmati prestasi terbaik dalam kariernya, menghasilkan hantaran berkualiti tinggi dalam setiap perlawanan selain memberikan tenaga penting dan mempamerkan keupayaan teknikal yang luar biasa.

Walaupun pemain muda seperti Lamine Yamal, penjaring terbanyak Robert Lewandowski dan Raphinha sering mendapat perhatian, namun Pedri adalah individu yang mencipta ruang dan peluang untuk rakan sepasukannya menyerlah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved