Bard Pada Google Messages Boleh Bantu Balas Mesej Dengan Nada Berbeza

TechnologyDigital
8 May 2023 • 12:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua bulan lepas 9to5Google mendedahkan yang Google mungkin akan mengintegrasikan Bard pada aplikasi pemesejan mereka Google Messages. Bard adalah perkhidmatan kecerdasan buatan tersendiri Google bagi bersaing dengan ChatGPT.

Baru-baru ini pihak 9to5Google menemui bukti yang ciri ini tidak akan menggunakan nama Bard. Tetapi akan menggunakan nama Magic Compose.

Ciri ini dikatakan masih lagi di tahap ujian dan ia boleh membantu pengguna membalas mesej dengan nada berbeza. Misalnya dalam nada yang tenang (chill), gembira (excited), balas dalam bentuk lirik, formal dan banyak lagi.

image is not available

Cara menggunakan adalah mudah sahaja iaitu di ruang menaip akan ada ikon mesej atau pensel yang bersinar. Tekan sahaja dan teks dengan nada berbeza akan terus dijana memberi pengguna pilihan ingin menggunakan yang mana satu.

Buat masa ini masih tidak pasti jika Magic Compose akan diberikan kepada semua orang atau seperti Bard yang terhad kepada negara terpilih sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved