Baring sekejap tunggu waktu maghrib, PU Riz kongsi dijerkah pak cik selia surau

LocalOpinion
5 Sep 2024 • 6:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
PU Riz kongsi dijerkah

Pendakwah bebas, PU Riz kongsi dijerkah pak cik selia surau susulan berbaring seketika sewaktu menunggu masuk waktu maghrib.

Hal tersebut dinyatakan oleh PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 29 menerusi Instagramnya apabila terkejut ditegur dengan suara kuat oleh seorang pak cik yang menyelia surau yang dihadiri.

image is not available

PU Riz kongsi dijerkah pak cik selia surau ketika tunggu masuk waktu solat

Ujarnya, dia memang bukan individu yang kerap mendapat peluang datang ke surau, namun dia telah mengambil kesempatan itu untuk baring sebentar sementara menunggu waktu solat fardu seterusnya.

Sewaktu berbaring, tanpa disangka-sangka dia dikejutkan dengan suara yang agak kuat menyatakan tidak boleh tidur di ruangan tersebut.

“Sajala kongsi, sebagai seorang yang bukan selalu berkesempatan jemaah waktu maghrib dek kerana sedikit jam dan sebagainnya, haritu saja la tunggu kan wanktu solat…

“Last terkejut I kena jerit baring dalam surau. Sedih juga la,” tulisnya.

image is not available

PU Riz kongsi dijerkah pak cik selia surau, padahal ada hadis yang benarkan

Tambah PU Riz, menunggu waktu solat dengan beriktikaf di dalam surau atau masjid sememangnya mempunyai manfaat serta dituntut dalam agama.

Dia juga turut menyertakan sekali hadis yang menyatakan hal tersebut.

image is not available

Beza situasi jika di Masjid Nabawi

Perkongsian yang dibuat oleh suami kepada usahawan selebriti terkenal, Neelofa itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet.

Ada juga di antara mereka berkongsi pengalaman hampir sama seperti yang dilalui oleh PU Riz dan berharap orang-orang yang menyelia masjid ataupun surau lebih peka tentang perkara berkenaan.

image is not available

Orang2 masjid kena celik ilmu juga

image is not available

Ada yang pernah alami situasi hampir serupa

image is not available

Sumber: Instagram hrisbismail

View Original Article